Tuesday, November 23, 2010

SK Sungai Tuhok-Pra Sekolah

Pelan Tindakan  5 Tahun (2006 - 2010)

Visi Pra Sekolah
Berusaha mewujudkan PraSekolah Insentif yang mampu menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai transisi ke Tahun Satu.

Misi Pra Sekolah
Menjadi warga PraSekolah yang:
1. Berilmu;
2. Bekerjasama;
3. Amanah dan bertanggungjawab;
4. Optimis danpositif;
5. Rajin.

Objektif Pra Sekolah
Pendidikan PraSekolah membolehkan kanak-kanak:
1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri
     positif serta yang boleh menjadi warganegara yang pat-
     riotik;
2. Menggunakan BM dan BI dengan betul dan mahir ber-
     komunikasi;
3. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
     bagi yang beragama Islam;
4. Mempunyai kemahiran kognitif, berfikir dan menyelesaikan
     masalah;
5. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

Masalah-Masalah Pra Sekolah
1. Kurang pengukuhan di rumah;
2. Potensi kanak-kanak lambat matang;
3. Penjaga, sumber dan persekitaran.

Strategi Pra Sekolah
1. Guru perlu berusaha dengan pelbagai kaedah;
2. Terima kanak-kanak yang berusia 5 Tahun;
3. Guru perlu berusaha membuat senarai semak keberkesanan
     pengajaran;
4. Memberi motivasi kepada kanak-kanak dan perbincangan
     dengan keluarga.

No comments:

Post a Comment