Tuesday, November 23, 2010

SK Sungai Tuhok-Maklumat Asas

Sekolah Kebangsaan Sungai Tuhok telah ditubuhkan pada tahun 1965.

Nama sekolah ini berasal daripada sejenis tumbuhan yang dikenali dengan pokok nipah yang disebut dalam bahasa suku kaum Bajau iaitu "Tuhok atau Tuhug".

Sekolah ini telah diasaskan oleh Encik Felding, Pegawai Daerah bersama Tuan Haji Abdul Menang selaku ketua kampung pada masa itu. Sekolah ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 18.9 ekar. Jarak dari pekan Semporna lebih kurang 30 Kilometer. Sekolah ini adalah Gred A dan dikategorikan dalam sekolah luar bandar.

Sekolah ini telah ditadbir oleh beberapa orang guru besar. Di antaranya ialah Tuan Haji Bool, Tuan Haji Muhammad, Encik Taib UlangUtan, Encik Yahya AliAkbar, Tuan Haji Lipai, Tuan Haji Saidin, encik Abdul Hamid dan sekarang di bawah tadbiran Tuan Haji Abdul Salleh Musa.

No comments:

Post a Comment